Friday, September 23, 2016

Trip to Sydney-New Zealand 2016 : Intro

Alhamdulillah perjalanan 12 hari selamat dengan jayanya...
Saya membuat keputusan untuk join trip ni agak lambat. Dalam bulan Mac aritu.....
Kerana bajet..fikir dua tiga kali untuk join..
Tapi memandangkan ada dua orang tarik diri,
setelah difikirkan saya join trip ni..

Kami beli 4 tiket flight untuk perjalanan ini..
1. KL- Sydney (Airasia)
2. Sydney-Christchurch (Jetstar)
3. Christchurch-Auckland (Jetstar)
4. Auckland-KL (Airasia)
Tapi bukan beli dengan serentak..
Sebulan satu tiket =)
Kalau bijak, beli time ada promo.. jimat...

Ok..
Trip ni bermula pada 9 September..
Nasihat saya datang awal untuk check in / drop baggage
Kami drop baggage dalam pukul 7 pagi..
dekat 1 jam berdiri baru selesai segala urusan.
Saya kira dengan kaunter yang dibuka tidak banyak..
Termasuk urusan check in/ drop baggage untuk ke banyak destinasi di letak dalam satu tempat maka ia memakan masa yang sangat lama.
Belum lagi campur dengan barisan yang tetiba menjadi 'double line'..


Kami bertolak pukul 10.10 pagi..
Lewat 10 minit kerana cuaca hujan..
tapi selepas sejam cuaca cerah sepanjang perjalanan..
perjalanan ke Sydney memakan masa 6 jam.
Tapi kerana perbezaan masa 2 jam, kami sampai lebih kurang jam 8 waktu Sydney..

Musim di Sydney masih lagi musim peralihan.
Jadi, belum lagi banyak bunga-bunga.
Tapi suhu agak nyaman..
Suhu aircond..
Hanya dalam 13-19 degree
Jadi tak perlu pakai baju tebal...

Oh..lupa..
Untuk ke Sydney kena declare barang tertentu yang kita bawa..
borang 'declaration' Australia
Borang ini akan diberikan di dalam flight sebelum sampai...


Kami letak semua barang makanan dalam satu beg dan buat list..
'In case' nak kena buka ke senang.
Tapi Alhamdulillah..
Perjalanan kami dipermudahkan.
Pegawai imigresen tersebut kagum dengan 'list' yang kami buat..
Cukup lengkap dengan gambar, isi kandungan
Jadi selepas dia belek list yang kami buat, dia izinkan kami berlalu tanpa perlu membuka beg.
Dan yang mengkagumkan saya adalah sikap peramah mereka.
Hilang segala debaran..
Sebenarnya mengenai 'declare' barang cukup mendebarkan kami
Tapi atas nasihat beberapa orang sahabat yang pernah ke Australia..
'declare' saja semua barang..
Lagi selamat 'declare' daripada tidak..

Kami juga ada membeli portawifi (pocwifi.com) untuk kegunaan di Sydney dan New Zealand.
Menariknya kami boleh ambil portawifi tersebut di Sydney dan drop di Auckland.
Jadi senang..

Kami mengambil 'airport shuttle' untuk ke tempat penginapan.


















Kami memilih untuk tinggal di Vla Glebe selama 2 hari.
Vla Glebe ni sesuai untuk backpakers...
Dengan 6 katil lengkap dengan cadar dan selimut dan juga towel serta toilet.
'Sharing' dapur dengan penghuni lain..(tapi kami tak masak pun)






























Yang paling mengharukan, kami sampai agak lambat.
Satu yang kena ingat..di sini, selepas pukul 10 malam adalah waktu senyap.
Jadi jangan buat bising..
Kami sampai agak lambat. dengan urusan beg serta proses menunggu shuttle,
maka kami sampai di vla hampir pukul 11.
Kaunter dah tutup maka kami harus telefon pekerjanya..
Tapi macam yang cakap, mereka sangat peramah dan terlalu 'concern'
Semasa menunggu pekerja datang, ada penghuni yang lain bertanya, kami ok atau tidak..
Yela, sejuk duduk di luar tu.
Sikap peramah mereka menginsafkan saya...(akan saya ceritakan di entry yg lain)


Trip to Sydney Day 1

Budget Trip to Sydney

No comments:

Post a Comment