Friday, September 30, 2016

Trip to Auckland

Oleh kerana domestic flight, tidak banyak urusan untuk check in dan pemeriksaan imigresen..
Kami bertolak dari Christchurch sepatutnya pukul 8.50 malam..
Tapi flight delay dalam 10-15 minit.
Flight dari Christchurh- Auckland memakan masa 2 jam.
Kami sampai dalam pukul 10.30 malam


Dari aiport ke tempat penginapan kami menaiki Skybus.
Bayaran dalam NZD18 per person.
Tapi dia menurunkan kami di stesen bas berhampiran.
Maka kami terpaksa berjalan kaki..
Masa tu suhu di sini tidakla terlalu sejuk tapi hujan..
Tapi Allah telah menghantarkan seseorang untuk menumpangkan kami
terus ke Empire Apartment di Grafton (student apartment).
Berhampiran dengan Auckland University

Empire Apartment ni nice..
Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang lengkap dgn kelengkapan
Ada dapur, peti ais, microwave dan cerek elektrik.

Berhampiran Empire Apartment ni ada mart untuk membeli barang keperluan.
Kami membeli Indo Mee, Korean rice, roti dan mineral untuk makan malam dan sarapan pagi esok.

Makan malam kami hari ini: roti dan sup cendawan (dibawa dari Malaysia) dan
Korean Rice yang dimakan bersama lebihan sambal bilis.
Selepas makan kami berehat untuk perjalanan esok..


Day 1 di Auckland:
Destinasi 1: Auckland Art Museum
Selesai sarapan, kami bergerak ke destinasi yg dituju.
Setelah 'study map' dan melihat tempat menarik yg berdekatan kami memilih untuk ke sini.
Perjalanan kami relaks je harini..bertolak lebih kurang pukul 9 pagi.

Jarak Auckland Art Museum dgn Empire Apartment 900 meter(13 min) berjalan kaki.
Kita akan melalui perkarangan University of Auckland..
Jadi memang akan terserempak dengan student U di sini..
Kami pun jalan feeling feeling student harini..=)















Destinasi 2: Albert Park
Sebelum sampai ke Auckland Art Museum,
anda akan melalui Albert Park.
Ianya terletak bersebelahan saja dengan Art Museum ini.
















Destinasi 3: Auckland Art Museum
Di Auckland Art Museum ni ada pelbagai pameran segala yg berkaitan
dengan art mengenai New Zealand.
Bangunan ni ada 3 tingkat.
Kemasukan adalah percuma..jimat untuk kami..=)
Saya ok je dalam nak hayati art ni..
tapi kadang tu ada je art yang kita sendiri pun blur apa maksud dia..









































Destinasi 2: Antalya Kebab n Cafe
Kami makan tengahari di sini..
Ada pelbagai pilihan nasi dan juga kebab.
Harga okla..Dalam NZD9-15

















Destinasi 3: New Zealand Maritime Museum

1.4km(18minit) dari Auckland Art museum.
Kami melalui Queen street..
Sepanjang jalan ada pelbagai kedai. Ada juga kedai cenderahati.
Dan anda akan jumpa pelbagai hotel atau motel untuk backpackers..
Saya kira di sini tempat tumpuan pelancong kerana ianya berhampira dgn pelbagai
tempat menarik dan kemudahan pengangkutan awam..
Jangan risau,
bagi yang taknak berjalan kaki,
anda boleh menaiki bas..
Untuk pengetahuan perkhidmatan bas di Auckland sangat aktif
Anda hanya perlu tengok hentian yg anda ingin turun dan nombor bas..
Di setiap ada disediakan map..

Tapi bagi kami mahal sedikitla..
Setiap trip lebih kurang NZD5

















Kami mulanya ingat nak tengok Auckland Whale Dolphin Safari.
Tapi rupanya tak ada office dan kena book dahulu..
Selepas tu, kami tanya harga tiket NewZealad Maritime Museum ni,
tapi tiket terlampau mahal.. saya tak ingat..tapi dalam NZD50.
Jadi kami memilih untuk melepak saja di pelabuhan sambil menikmati aiskrim dan kopi.

















Di sini juga ada jetty dengan pelbagai package untuk attraction d Auckland.
Kalau anda stay lama di Auckland, anda boleh datang sini dan tengok pelbagai pakej yg disediakan..


Destinasi 4: Downtown Shopping Centre
Tutup sebenarnya.
Tapi berhampirannya ada Aotea Gifts Auckland.
Di situ ada pebagai cenderahati dan baju yang boleh dibeli.

Destinasi 5: Mission Bay
Kami menggunakan perkhidmatan bas ke sini..
Dari kedai Aotea Gifts tadi, kami berjalan kaki ke hentian bas di Custom St East
Jarak antara Custom street dan Mission Bay ni 8.2km(17minit)

Mission Bay ni macam PD la.
Ramai dengan orang.
Kebetulan hari ini hari Sabtu.
Kami solat Jama' Zuhur dan Asar di sini..
(kami cari padang rumput berhampiran yg tersorok sedikit daripada orang ramai..
tak mahu mereka bersangka bukan2.)
















Selepas bergambar di sini,
kami bergerak ke hentian bas untuk kembali ke Custom St East.
Dari Custom St East, kami berjalan kaki balik ke Apartment sejauh 1.8km(24minit)

Day 2 di Auckland:
Sarapan hari ni, nasi Thai yang kami beli di mall berhampiran Empire Apartment
beserta sandwich roti.
Kemudian kami membuat urusan check out tapi tinggalkan beg di stor Empire Apartment.

Destinasi 1: Auckland War Memorial Museum
Jarak dari apartment 2km(28 minit) berjalan kaki.
Tapi..
Perjalanannya mendaki bukit kerana museum ini terletak di atas puncak bukit.
Beberapa kali juga berhenti kerana penat.

Museum ini besar. Ada 3 tingkat. Setiap tingkat memaparkan..
Tingkat 1: menceritakan pioneers yang menemui tanah New Zealand
Tingkat 2: bagaimana geologi New Zealand terbentuk dan kejadian volcano
Tingkat 3: New Zealand war stories
Tiket untuk masuk adalah NZD45 termasuk untuk menyaksikan persembahan Maori..
Akhirnya kami berkesempatan untuk melihat persembahan Maori.
Okla kan..Kalau datang ke New Zealand tak tengok persembahan Maori tak lengkapla.
Kami tak berkesempatan untuk melihatnya di Queenstown haritu..

















Berhampiran dengan Museum ini ada Winter Garden..
Kami singgah sebentar untuk ambil gambar kemudian kami bergerak pulang ke Empire Apartment untuk terus ke aiport.

















Kami sekali lagi menaiki Skybus..
Tapi rupanya skybus untuk ke aiport hanya ada di 2 hentian,
Queent Street dan Mt Eden.
Tapi kami bernasib baik kerana driver bus Skybus tersebut sudi menolong kami.

Maka selesaila perjalanan kami di Auckland..
Untuk full bajet dari Sydney ke Auckland saya akan ringkaskan dalam satu entry.

Kalau lebih lama di Auckland banyak tempat yang anda boleh lawati.
Anda mungkin masa lagi seminggu untuk cover keseluruhan New Zealand North Island.
Ada banyak perbezaan di antara North and South New Zealand.

Kami tak berkesempatan untuk ke Hobbitton..
tempat wajib jika ke Auckland
Kerana tiketnya terlalu mahal..
Lebih kurang NZD185
ada banyak pakej untuk attraction di Auckland.
Kena pandai cari..
Ada juga Hop on Hop off bus yg boleh bawa anda ke tempat menarik dgn
bayaran tertentu...

Sepanjang perjalanan dari KL-Sydney-South New Zealand-Auckland-KL banyak yg saya belajar..
Akan saya kongsikan di entry yg lain beberapa perkara menarik yang berlaku..

Hopefully anda suka membaca cerita saya dan moga menjadi info..
Gambar akan saya upload perlahan-lahan.












1 comment:

  1. Salam Sis. Nak tanya sket...dari Empire Apt ke University of Auckland tu sis jalan kaki kena naik bukit ke? Saya ada baca ramai yg komplen area Empire tu kalau nak keluar kena mendaki bukit dan memenatkan. Ramai yg tak recommend untuk stay kat situ. Harap sis respond yer. Tq in advance.

    ReplyDelete